Flickr

Melawat Zoo Negara 09

| Tuesday, October 20, 2009

Yahya Ayyash (Baju upin&ipin), Mohd Khalid Masy'al (atas dukung)
dan Izz Abdus Salam bergambar dihadapan Zoo Negara
Yahya Ayyash dan Izz Abdus Salam bergambar dihadapan zirafah
Masy'al berjalan ...tak mahu dipegang oleh sesiapa pun
Izz bergambar dihadapan kandang unta

Dihadapan replika orang utan

Umrah dan Ziarah 2009

| Wednesday, October 14, 2009

Masjid Nabawi....menenangkan hati kepada mereka yang bertamu
kepadanya
Suasana malam dihadapan masjid Nabawi
Waktu pagi....Ummat islam mengambil kesempatan untuk menziarahi
perkuburan baqi'
Kelihatan menara Masjid Quba'
Dibelakang sana ialah bukit yang Rasulullah SAW menempatkan
70 orang pemanah diatasnya semasa peperangan Uhud
Kawan Lama...bersama U. Abdul Fattah Awang Nasaruddin di medan uhud
dibelakang sana ialah bukit uhud
Didalam pagar ini hanya dua kubur sahaja..diantaranya ialah
kubur Saidina Hamzah
Orang ramai menziarahi kubur Saidina Hamzah
Di ladang tamar madinah
Semasa di Madinah...ketika ini di pasar buah tamar
Bergambar dihadapan kedai-kedai dan hotel, dibelakang blogger
adalah masjid kucing
Istana King Fahd...bercermin hijau dibelakang masjidil haram
Babul Fatah....Inilah pintu yang paling dekat dengan
penginapan kami
Projek sedang di jalankan berhampiran dengan Babul Fatah
Suasana didalam masjidil haram selepas solat maghrib
Bergambar bersama Ust. Azhar Sanusi selepas menunaikan
solat maghrib
Poksu dan Azhar (sepupuku) yang sedang belajar di Jabal Ajyad
Makkah
Menunggu nasi mande dan nasi maqdi di Aziziyyah
( Suasana selepas solat jumaat di Masjid terapung Jeddah )
Bergambar dihadapan masjid terapung Jeddah sebelum
solat jumaat. Selepas solat rombongan terus ke airport Jeddah

Ziarah Makam Aulia' di Surabaya

|

Di makam Kiai Abd Malik Ibrahim.... Rombongan sedang diberi taklimat tentang
Kiai Abdul Malik Ibrahim yang telah mengislamkan Majapahit
Kesemua ini adalah kubur Mbah Soleh
Inilah makam Mbah Soleh yang menjadi pengikut setia kepada Sunan Ampel beliau dikatakan meninggal dunia sebanyak sembilan kali. Suatu ketika, Sunan Ampel tanpa sengaja berdesah, “Ah, seandainya Mbah Sholeh masih hidup, tentu pekarangan masjid tidak kotor begini”.
Seketika itu, Mbah Soleh yang sudah meninggal, mendadak muncul dan segera membantu Sunan Ampel membersihkan masjid. Keajaiban itu berulang kali terjadi sampai sembilan kali, hingga wafatnya Sunan Ampel pada tahun 1478 di Ampel.
Mbah Sholeh pun yang meninggal tak lama kemudian dimakamkan di kompleks makam Masjid Ampel lama sebelah utara.

Bergambar dihadapan pintu masuk ke makam
Sunan Kudus

Dihadapan Makam Sunan Kalijaga

R.M SYAHID kemudian dikenali dengan nama Sunan Kalijaga. Diantara wali sembilan beliau terkenal sebagai wali yang berjiwa besar, seorang pemimpin, pejuang, muballigh, pujangga dan ahli falsafah.
Khabarnya Sunan Kalijaga usianya melangkaui tiga kali masa pemerintahan iaitu 1) Zaman akhir kerajaan Majapahit. 2) Zaman kerajaan Islam Demak. 3) Zaman kerajaan Pajang

Makam Sunan Muria
Di puncak gunung muria inilah jasad Raden Umar Said ditanam.
Kami mendaki dengan menggunakan motosikal melalui lereng-lereng gunung.
Nama beliau ialah RADEN UMAR SAID kemudian dikenali dengan Sunan Muria. Beliau termasuk dalam wali 9. Sunan Muria adalah salah seorang penyokong kerajaan Bintoro.
Beliau juga mendirikan masjid Agung Demak
Dakwahnya banyak tertumpu di desa-desa yang jauh daripada bandar, beliau lebih suka berdakwah masyarakat disekitar lereng gunung Muria yang terletak 18 km sebelah utara kota kudus.
Dihadapan makam Sunan Bonang
Namanya ialah RADEN MAULANA MAKDUM IBRAHIM kemudian dikenali dengan Sunan Bonang,anak kepada Sunan Ampel. Beliau bergiat aktif menyebarkan islam di daerah Jawa Timur. Sunan Bonang juga telah mendirikan pondok di daerah Tuban. Beliau juga adalah penyokong kepada kerajaan Islam Demak dan membantu mendirikan masjid Agung Demak
Sunan Bonang juga telah menanamkan pengaruh dan memberikan didikan Islam kepada R.Patah putera dari Briwajaya V. dari kerajaan Majapahit dan menyediakan Demak sebagai tempat untuk mendirikan negara Islam.

Blogger berada dihadapan masjid agung Demak yang didirikan
sama oleh Sunan Bonang

Jelajah Pesantren di Surabaya

| Tuesday, October 13, 2009

Bergambar dihadapan masjid Cheng Ho
di Surabaya
Di hadapan rumah Ustaz Abu Baakar Basyir
Blogger(tengah) bergambar dihadapan Musalla Pesantren
Al-Mukmin, Solo.
Bangunan asrama dan kelas Pasentran Al-Mukmin
Dihadapan bangunan Pesantren Al-Falahiyyah Langitan daerah Tuban.
Diasaskan oleh KH Muhd Nor pada tahun (1852-1870),
KH Ahmad Soleh (1870-1902), KH Mohd Khozin (1902-1921),
KH Abdul Hadi Zahid (1921-1971) dan KH Ahmad Marzuqi (1971-2000) .
Guru-guru di Pesantren ini tidak bergaji, tidak diiktiraf oleh kerajaan Indonesia
dan tidak mendapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan
Rombongan diberi taklimat oleh Ustaz Murtaji sebagai
Setiausaha pentadbiran
Diantara bangunan pesantren Al-Falahiyyah yang dibangunkan dengan
duit orang ramai.Yuran hanya RM3 sebulan. Pelajarnya hampir 7000 orang
Dihadapan kantor (pejabat pentadbiran Pesantren Langitan
Tempat kedua dilawati ialah Pesantren Tebuireng di daerah Jombang
pelajarnya hampir 2000 orang. Pesantren ini diasaskanoleh
KH Hasyim Asy'ari pada tahun 1947
Pesantren pertama yang dilawati ialah madrasah HIDAYATUL MUBTADIIN Lirboyo.
Diasaskan oleh Kyai Soleh pada tahun 1910 M. Pelajarnya seramai 10.000 orang
Rombongan diberi taklimat oleh kakitangan Pesantren
Ust. Mokhtar dan Ust Zaki bergambar dihadapan bangunan
salah satu asrama
Blogger bersama Abg Razak, bangunan di belakang adalah asrama
pelajar-pelajar hasil dari infaq orang ramai